28 May 2013

from penang to shah alam to malacca

sila jamu mata
no caption...malas sudeh!
nak kutuk dibenarkan! tapi dalam hati sudeh















10 May 2013

terima kasih kepada Tuhan sekalian Alam

bahang PRUtttttt masih membara dan panas
sana sini orang dok becakap
temasuk la di opis aku
rata2 punya pendapat masing2,
satu yang paling aku suka nak kata
TERIMA KASIH kepada ALLAH  kerana
pertama- melancarkan proses prutttt ini....
kedua-menyedarkan hambanya sapa kawan, sapa lawan
ketiga- dah bagi hint....supaya Islam dan melayu kususnya...BERSATU...runtuhya sesebuah negara adalah keranaaaaaaa.......rakyatnya tidak bersatu!
Kepada yang menang, lipat gandakan usaha untuk menawan hati rakyat kususnya orang Islam dan melayu dan sesiapa sahaja yang sukakan keamanan..dan letakkan agama paling atas.
Kepada yang kalah, jangan putus asa, terima dengan penuh redha...ada HIKMAH mengapa kamu kalah
Kepada yang menang dan kalah, muhasabah lah diri masing2 ye......peace no war

03 May 2013

P.R.U.ttttttttt

sana sini dok bercakap pasai pilihanraya
ada yang pandai bercakap, ada yang pandai berlakon, ada yang pandai putaq, maka di ketika ini, pelbagai ragam dan watak sebenar telah muncul. Dari orang tak taw apa2, sampai orang taw mcm2...tudia...habat betoi demam pilihanraya..sebab tu berdiam diri adalah lebih baik dari bercakap .

Apa pun, undi adalah rahsia walaupun banyak orang yang dah pecah rahsia dia mensokong siapa kennn? Undi lah kepada sesiapa pun yang hampa semua nak undi....nak undi biru ka, hijau ka, merah ka,, kelabu ka, kuning ka....who cares?....But....before anda membuang undi itu, sila undi dengan perasaan yang neutral...bukan dengan perasaan dendam kesumat ye puan2 dan tuan2...kalau hampa selesa di bawah pemerintahan sedia ada..hampa undi lah depa...kalau hampa rasa nak test dibawah pemerintahan baru, hampa undi lah depa.....sapa pun tak boleh halang , sapa hampa nak undi!..betoi kan? 

Aku?....selagi aku boleh solat dengan aman,selagi aku boleh pi shopping tak dak orang kacau, selagi aku boleh pi pasar malam tak dak sapa kacau, selagi aku nak blog tak sapa kacau, maka suka hati aku la aku nak undi sapa pun....kah3....mana boleh bagi taw....apa pun 30 tahun ni eh 32 tahun ni aku rasa negara aku selamat, bebas nak berjalan p mana pun, makmur, aman, nak smayang pun tak dak orang kaco, naik kapai terbang pun ada org islam yang bawak, ketua penjaga keselamatan negara pun orang islam, maka aku akan mensokong apa yang terbaik yang dibuat orang pemerintah untuk negara aku yang aku cinta ini ya...auw... aku sayang MALAYSIA...aku juga sayang ORANG MALAYSIA YANG MENSOKONG KEAMANAN DAN KEDAMAIAN...terima kasih ya-Allah kerana menjauhi negara Malaysia dari berlakunya perkara yang tidak di ingini.